Bekas doktor pelatih bunuh diri, tiada kaitan buli

0
3

JABATAN Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) hari ini mengesahkan kes bunuh diri melibatkan bekas doktor pelatih lelaki Selasa lalu, tiada kaitan buli.

Pengarahnya, Datuk Dr Asmayani Khalib, berkata semakan pihak Hospital Pulau Pinang (HPP) mendapati tiada insiden buli yang dilaporkan terhadap mendiang.

“Namun jabatan ini dan pihak HPP akan memberi sepenuh kerjasama kepada polis untuk siasatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) yang bertugas di HPP itu sudah meletak jawatan pada 3 Disember lalu.

Katanya, alasan peletakan jawatan itu adalah kerana mendiang tidak lagi berminat untuk meneruskan perkhidmatan di HPP dan mendapat kerja lain.

Sementara itu, sebuah portal berbahasa Inggeris melaporkan dalam kejadian Selasa lalu, doktor pelatih berusia lingkungan 20-an itu ditemui maut di rumahnya dekat Bukit Jambul.

Mangsa tamat belajar pada 2018 di Institut Perubatan Manipal sebelum bertugas di HPP.

Bagaimanapun, dia mengambil keputusan untuk berhenti sebelum membunuh diri.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong dilaporkan berkata, polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian terbabit. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here