PKPD Flat Desa Bistari di Pulau Pinang tamat hari ini

0
2

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Flat Desa Bistari, Batu Uban, Mukim 13, Timur laut, Pulau Pinang ditamatkan hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sebelum ini telah melanjutkan PKPD di kawasan berkenaan sehingga pada 31 Disember ini.

Sehingga kini, katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah selesai melaksanakan saringan ke atas semua penduduk di lokaliti ini dan tiada lagi sampel menunggu keputusan.

“KKM turut mengesahkan baki kes positif Covid-19 dilokaliti ini terkawal dan menunjukkan trend penurunan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD Flat Desa Bistari tersebut pada hari ini, lebih awal daripada yang dijadualkan. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here