Mukhriz persoal apa kaitan kelulusan Pejuang dengan KDN?

0
1

JABATAN Pendaftaran Pertubuhan (ROS) bermain teka-teki mengenai pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), kata Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau yang merupakan Presiden parti itu berkata, keputusan untuk meluluskan pendaftaran itu cuba dikaitkan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN), sedangkan ia tiada kena mengena.

“Sudah empat bulan hantar borang kepada ROS, tetapi tiada jawapan rasmi. Kita dah hantar surat sekurang-kurangnya mereka balas semula dengan memaklumkan surat diterima.

“Jadi, kita jumpa terus dengan mereka, tapi tak tahulah ROS ni main tali ke apa ke.. saya sendiri pergi sekali hantar borang tu masa kali pertama, namun Ketua Pendaftar tiba-tiba ‘hilang’…

“Difahamkan dia ditarik balik ke Jabatan Perdana Menteri… ROS tadi tak ada Ketua Pendaftar. Sekarang kita berurusan dengan timbalan dia,” katanya dalam siaran langsung di Facebook Pejuang bertajuk ‘Sembang Santai Pejuang Kedah’.

Kemudian bekas Menteri Besar Kedah itu berkata, parti Pejuang baru-baru ini dimaklumkan oleh ROS bahawa semua dokumen pendaftaran selesai dan sempurna jadi Ketua Pendaftar patut boleh luluskan, namun sebaliknya berlaku.

“Setahu kita, mengikut piawaian ROS kelulusan datang daripada Ketua Pendaftar, tapi tak tahu kenapa ROS hantar nota maklumat kepada KDN.

“Walaupun setakat nota saja, tetapi dari pemerhatian kita seperti meminta kelulusan daripada menteri berkenaan.

“Padahal dalam piawaian ROS itu, menteri tak ada peranan pun, tak apalah mereka nak hantar, biar saja cuma yang kita nak adalah pendaftar itu sendiri yang luluskan,” katanya.

Bagaimanapun, kata Mukhriz, setakat ini yang beliau dengar pejabat Menteri Dalam Negeri belum lagi memaklumkannya kepada pihakROS.

“Nak maklumkan apa, kita pun tak tau. Maklum maksudnya pertimbangan politiklah mungkin. Kita ini parti politik jadi mereka nak tengok dengan kelulusan Pejuang ini memudaratkan ke tidak untuk politik mereka.

“Kebetulan pula KDN dari parti Bersatu yang kononnya muhajirin. Mungkin itu yang menyebabkan kelewatan dari segi kelulusan berdaftaran,” sindir beliau.

Sementara itu, beliau berkata, walaupun begitu, Pejuang telah membuat keputusan untuk bangkitkan perkara itu di mahkamah.

“Mahkamah akan ada sebutan pada 7 Januari 2021. Saya bukanlah memberi jaminan bahawa menggunakan mahkamah akan membawa kepada satu keputusan.

“Tujuan kita minta mahkamah semak hal ini kerana kita nak minta mahkamah bertanya kepada ROS nak lulus ke tolak.

“Jika mereka tolak, kita boleh lagi merayu dalam tempoh 30 hari, untuk kita faham apa sebab penolakan tersebut kerana piawaian ROS itu tidak semudah itu tolak, kecuali tubuh parti dengan tujuan nak berjudi, pemberontakan, perkara melanggar undang-undang memang tak bolehlah,” ujarnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here