Tasha Shilla hamil 5 bulan

0
2

Nurul Huda Abhar

PELAKON Tasha Shilla berkongsi berita gembira bersama peminat apabila mengumumkan dirinya kini sedang hamil lima bulan.

Tasha atau nama sebenar Natasha Sheila Abdul Razak, 33, menerusi catatan di laman Instagram (IG) menitipkan khabar mengenai kandungannya, hari ini.

“Syukur alhamdulillah, saya dan suami ingin membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang kini berusia lima bulan.

“Saya memohon anda semua doakan yang baik-baik supaya bayi di dalam kandungan dikurniakan kesihatan yang baik dan selamat hingga ke hari kelahiran dan hari-hari selanjutnya,” tulisnya hari ini.

Pelakon kelahiran Ampang, Selangor itu turut menzahirkan perasaan gembira dengan doa-doa daripada individu disekelilingnya.

“Jujurnya, saya teramat gembira apabila orang sekeliling dan rakan taulan mendoakan kebahagiaan & kesejahteraan saya sekeluarga.

“Pada kesempatan ini saya ingin ucapkan semoga kalian dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur serta dipermudahkan segala urusan,” ujarnya lagi.

Tasha berkahwin dengan ahli perniagaan, Muhammad Atiq Idris pada 28 Februari lalu di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur.
-Malaysiapost

https://www.instagram.com/p/CJNIbMjBE-5/?igshid=1t897svu403bg

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here