Saya ada akaun TikTok, sila ‘follow’ saya – Zahid Hamidi

0
2

Nurul Huda Abhar

MEDIUM aplikasi TikTok kini semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna media sosial tidak mengira peringkat usia.

Tidak ketinggalan, Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga mempunyai akaun Tiktok dengan nama @ahmadzahidhamidi.

“Saya Zahid Hamidi. Saya ada akaun TikTok. Sila follow saya, saya akan follow anda semua,” kata beliau dalam video pertamanya.

Semakan Malaysiapost sebentar tadi mendapati Ahmad Zahid memuat naik video pertamanya di TikTok kira-kira dua jam lalu.

Menerusi video tersebut, beliau memberi aksi bersahaja di hadapan lensa kamera sambil mengenakan kemeja polos dengan rona putih dan berseluar hitam.

Rata-rata tulisan di ruangan komen menyokong pendekatan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu yang kini memilih untuk mempunyai akaun TikTok.

Perkataan ‘done follow’, ‘syabas datuk’ antara yang kerap ditulis di ruangan komen.

Sehingga dua jam dimuat naik, video pertama itu menerima 50 tanda suka dan 27 ulang siar.

Malah, akaun tersebut kini mempunyai 144 pengikut walaupun baharu sahaja dibuat hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here