Dr Zamihan Mat Zin
KECOH satu negara apabila dikatakan lebih 40 tahun kartel menyeludup masuk daging tidak halal ke negara kita. Memang Jakim merupakan badan yang meluluskan sijil halal.
Tetapi dalam masalah ini Jakim bukan satu-satunya agensi yang terlibat. Agensi maritim, kastam dan polis juga merupakan pemain utama.
Manakala, Jakim hanya pemain ‘winger’ sahaja. Maka semestinya ia tidak harus dispersalahkan atas kekalahan pasukan.
Jadi, sebelum Jakim ingin dipersalahkan, maka elok difahami terlebih dahulu bagaimana proses import daging sejuk beku masuk ke negara kita.
Berikut merupakan kronologi ringkas tentang proses import daging sejuk beku:
1. Kerajaan mensyaratkan bahawa daging sejuk beku yang hendak diimport diambil dari rumah sembelihan luar negara yang diiktiraf oleh badan halal berautoriti negara berkenaan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Malaysia.
2. Pengimport mesti memiliki permit import dari DVS. Permit import boleh diperolehi dari DVS dan perlu lulus audit lapangan yang dikendalikan oleh DVS dan Jakim.
3. DVS akan akan mengeluarkan permit import (AP) kpd pemohon atau nama syarikat tertentu. Dan daging sejuk beku hanya boleh dibeli dirumah sembelihan yang diktiraf di negara berkenaan.
4. Sehingga kini DVS dan Jakim telah mengiktiraf 26 pusat sembelihan di Australia, Argentina, Afrika selatan, India, Pakistan, Jepun, New Zealand, Amerika Syarikat. JAKIM hanya membuat perakuan halal melalui badan pensijilan yg diiktiraf oleh badan autoriti halal luar negara dan hasil audit brsama DVS.
4. Tetapi Kartel Daging membawa masuk daging sejuk beku dari negara yang diragui status halal mereka seperti dari Ukraine, Bolivia, Uruguay, Sepanyol dan lain-lain.
5. Selepas itu daging import akan masuk melalui pelabuhan (Johor) yang dijaga oleh maritim dan kastam. Peranan pegawai kerajaan adalah untuk memeriksa segala dokumen berkaitan.
6. Jika ada pegawai kerajaan yang korup maka agensi penguatkuasaan boleh menangkap dan mendakwa mereka ke muka pengadilan.
Syarikat dan individu berkaitan juga perlu didedah supaya masyarakat tidak lagi terpedaya dengan mereka.
Penguatkuasa yang korup adalah penjahat negara yang perlu dikenakan tindakan sekeras-kerasnya. Mereka bukan sekadar menipu umat Islam tetapi menghilangkan pendapatan kerajaan melalui cukai selama 40 tahun. Bayangkanlah!
7. Dari pelabuhan, daging akan dihantar ke kilang untuk dibungkus semula menggunakan cop halal palsu. Kemudian akan dipasarkan ke dalam pasaran tempatan melalui pelbagai medium sehingga ke restoran dan rumah kita.
9. Isu sebenar ialah isu kawalan maritim yang lemah dan kemungkinan wujud permit import dan sijil halal palsu di pelabuhan yang gagal ditangani pihak kastam. Atau kemungkinan ada pihak yang sengaja melindungi kartel dan dibayar upah tertentu sebagaimana laporan media.
10. Jadi, tak betul dan tidak adil jika Jakim ingin dipersalahkan 100% dalam hal ni.
13. Ini kerana pihak yang bertanggungjawab dalam mencegah penyeludupan ialah pihak maritim, kastam dan polis pelabuhan. Jakim hanya memproses sijil halal dan membuat pemantauan kepada premis yang memiliki sijil halal sahaja. Bukannya memberi sijil halal kepada mana-mana kartel atau penyeludup.
Resolusi:
1. Kerajaan wajib mengambil tindakan tegas terhadap semua pengkhianat negara. Sama ada penyeludup atau penguatkuasa yang korup. Katakan tidak pada RASUAH! Sepatutnya Pegawai SPRM ditempatkan di Unit Integriti di setiap pelabuhan seluruh negara.
2. Masalah sumber tenaga manusia ni sama je. Letak siapa pun, jika tiada iman dalam hati: tiada Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, manusia Alan nampak dunia je. Hati tetap buta dengan akhirat. Sebab tu integriti kelautan pasifik.3. Kerajaan sewajarnya menubuhkan GLC sebagai pemain utama industri import daging halal negara. Manakala permit import individu boleh diteruskan seperti biasa dengan pengawalan dan pemantauan yang lebih ketat.
4. Kerajaan perlu menjalankan kempen kesedaran halalan tayyiban secara berterusan supaya keprihatinan rakyat semakin meningkat sekaligus mengutamakan produk ‘BuyMuslimFirst’ dalam dan luar negara.
5. Sebagai Muslim perlu disedari bahawa mencari yang halal satu kewajipan sama ada melibatkan barangan, perkhidmatan, kosmetik, ubatan, vaksin dan lain-lain. Ingatlah bahawa sabda Nabi SAW: “Setiap jasad yang tumbuh dari benda yang haram maka neraka lebih utama untuknya.”-sahih. Wallahualam
Penulis adalah Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA)
(Artikel ini disiarkan tanpa suntingan dan ia tidak semestinya mewakili pendirian Malaysiapost)

