Sumbang mahram dengan adik kandung

0
1

SEORANG tukang cat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, atas pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap adik kandungnya, Ogos lalu. 

Lelaki berusia 25 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mahyon Talib. 

Tertuduh didakwa sebagai seorang yang mempunyai hubungan amanah iaitu abang kandung, telah didapati melakukan persetubuhan dengan seorang perempuan berumur 21 tahun. 

Iaitu ketika kejadian yang juga adiknya di mana hubungan tersebut adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum, agama, adat, atau kebiasaan, berkaitan bagi lelaki dan perempuan tersebut untuk berkahwin dengan orang itu.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Klang Lama pada Ogos lalu, mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan juga sebatan jika sabit kesalahan. 

Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Mohd Jafri memohon tarikh lain untuk sebutan bagi fakta kes dan menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh, yang tidak diwakili peguam. 

Mahkamah menetapkan 5 Januari 2021 untuk menjatuhkan hukuman terhadap lelaki tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here