Rakyat Malaysia digelar pesakit paling sunyi di Sydney

0
1

SEORANG rakyat Malaysia digelar sebagai pesakit paling sunyi kerana tidak mempunyai seorang pelawat pun sepanjang enam bulan yang lalu selepas terlantar di Hospital St Vincent di Sydney, Australia. 

Kisah kesunyian Khaidir Abu Jalil, 34, mula mencuri tumpuan minggu ini apabila beliau difahamkan bakal dibenarkan keluar selepas selesai menerima rawatan di sana. 

Beliau sebelum ini dimasukkan ke hospital berkenaan pada Julai lalu kerana menghidap penyakit autoimun dengan kadar kesembuhan 50 peratus, lapor The Sydney Morning Herald. 

Sepanjang berada di hospital berkenaan, beliau difahamkan tidak mempunyai kenalan, tidak mempunyai telefon bimbit dan capaian internet, manakala keluarganya berada di Malaysia. 

Ditambah pula dengan perkembangan Covid-19 ketika ini yang menghalang keluarga atau kenalan untuk menemaninya di hospital, keadaan difahamkan bertambah teruk buat beliau di sana. 

Beliau bagaimanapun menurut laporan berkenaan difahamkan ada berhubung dengan keluarganya di Malaysia dan memaklumkan mengenai keadaan beliau di sana. 

Khaidir yang sebelum ini bekerja sebagai jurutera pembuatan difahamkan tiba di negara berkenaan pada Julai tahun lalu dan menjalani kehidupan biasa dan berada dalam keadaan sihat sehingga awal tahun ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here