Pusat ‘karok’ belum boleh buka

0
1

PUSAT karaoke masih lagi dilarang beroperasi terutama di kawasan diisytihar menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, aktiviti di pusat hiburan itu masih tidak dibenarkan sehingga kini mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Karaoke (aktiviti di pusat karaoke) masih lagi di bawah senarai terlarang kerana yang dibenarkan cuma karaoke keluarga iaitu nyanyian di kenduri kahwin di kawasan diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Jadi, pembukaan pusat karaoke di Sarawak adalah di luar pengetahuan saya.

“Namun, kita akan berbincang dengan kerajaan Sarawak bagi memaklumkan mengenai prosedur operasi standard (SOP) perlu dipatuhi,” katanya pada sidang media harian hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai dakwaan ada pusat karaoke yang dikatakan sudah beroperasi di Sarawak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here