‘No DAP No Anwar’ tidak harus jadi pendirian muktamad – Ku Li

0
2

UMNO tidak harus menjadikan slogan ‘No DAP No Anwar’ sebagai pendirian yang muktamad, kata Pengerusi Jemaah Penasihat parti itu, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, dalam politik semua perkara perlu diambil kira, namun perkara utama yang menjadi kepentingan parti ialah kehendak rakyat.

“Saya rasa itu (pendirian) sentimen tebal sahaja. Bagi saya dalam politik itu semua tak diambil kira, yang penting rakyat, rakyat mesti diambil kira.

“Kalau masalah itu memerlukan kita sesuatu yang boleh memberikan manfaat kepada rakyat, maka itulah yang didahulukan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata, perkara berkaitan DAP pula, Umno melalui pemimpinnya mesti bijak dalam menguruskannya.

“Soal kita dengan DAP, kita sebagai pemimpin mesti bijak, bijak menguruskan, bijak membahagikan kuasa, bijak menentukan dan memantau apa yang boleh diberi dan dilakukan oleh rakan (politik) kita.

“Jadi, kalau kita menguasai keadaan, saya rasa itu tak menjadi perhitungan. Yang penting, rakyat,” katanya menjawab soalan apakah naratif politik “No DAP No Anwar” yang dipegang Umno itu masih bersesuaian dengan situasi politik negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here