Aliran trafik dijangka meningkat mulai tengah malam ini

0
2

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan peningkatan aliran trafik di semua arah iaitu di utara, selatan dan timur mulai tengah malam ini dan esok sempena cuti sambutan Hari Krismas.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, pihaknya menganggarkan peningkatan aliran trafik sekitar 30 hingga 40 peratus berbanding aliran trafik pada hari biasa.

Beliau berkata, aliran trafik ketika ini bagaimanapun terkawal kerana dipercayai keghairahan orang ramai untuk pulang ke kampung tidak begitu ketara seperti musim perayaan sebelum ini.

“Ada setengah keluarga sudah berada atau pulang ke kampung halaman lebih awal memandangkan sekolah memang sudah diberi cuti lebih awal sehingga ke awal tahun 2021.

Saya menasihatkan orang ramai tidak leka bahawa perjuangan menentang pandemik Covid-19 belum lagi berakhir dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih dilaksanakan,” katanya kepada Bernama.

Azisman turut menyarankan orang ramai duduk di rumah dan tidak keluar rumah sekiranya tiada sebarang urusan rasmi walaupun rentas negeri dan daerah dibenarkan.

“Sekiranya tidak, jalan raya akan sesak dan rantaian pandemik ini tidak dapat diputuskan sepenuhnya,” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here