Muda… tukarlah Ikatan kepada Pakatan – Shahir Adnan

0
1

PARTI Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) menjelaskan parti itu membantah pendaftaran Parti Ikatan Demokratik (Muda) kerana nama Ikatan itu mengelirukan pelbagai pihak. 

Ketua Dewan Pemudanya, Shahir Adnan, berkata nama Ikatan telah lama diguna pakai parti itu sejak 2012 dan hampir lapan tahun nama berkenaan sinonim dengan Parti Ikatan. 

“Pengasas Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman perlu kreatif dalam menamakan parti beliau. Pentingnya bagi satu-satu organisasi itu mempunyai hala tuju yang jelas bagi mencapai objektif mereka. 

“Muda yang diwarwarkan sebagai penggerak anak muda itu tidak kreatif dan menjadi ‘copycat’ serta tiada identiti sendiri.

“Kelulusan ROS bukan hanya untuk mendapatkan akaun bank seperti yang dicanang segelintir ahli Muda,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Beliau berkata Parti Ikatan ditubuhkan pada 7 June 2012 dan diluluskan ROS pada 5 Jun 2015 setelah mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran untuk mendapatkan kelulusan. 

“Hampir tiga tahun diambil untuk ROS meluluskan permohonan penubuhan parti baharu. 

“Dewan Pemuda Ikatan Malaysia berpandangan bahawa jika ada parti yang mendapat kelulusan kurang dari tiga tahun, itu adalah satu keistimewaan bagi mereka,” katanya. 

Shahir berkata pihaknya berharap pengasas Muda lebih bertanggungjawab dan tidak semberono dalam membuat keputusan politik. 

“Tukarlah nama parti Muda kepada nama lain. ‘Alliance’ boleh diubah daripada ‘Ikatan’ kepada ‘Pakatan’ kerana Muda dilihat dibelakangi oleh figura Pakatan Harapan seperti Tommy Thomas dan Ambiga yang kini mahu menyaman ROS,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here