Hadi Fayyadh kekal di Fagiano Okayama

0
1

PEMAIN muda negara yang berkelana di Jepun, Hadi Fayyadh Abdul Razak kekal semusim lagi bersama Fagiano Okayama. 

Kelab itu yang beraksi dalam saingan J2 League semalam secara rasmi mengumumkan lanjutan kontrak beberapa pemain untuk aksi musim 2021 melalui laman web rasmi mereka. 

Dalam pengumuman tersebut, empat pemain menerima lanjutan kontrak dan salah seorang daripadanya adalah pemain dari Malaysia iaitu Hadi Fayydh. 

Sejak menyertai pasukan berpangkalan di prefektur Okayama itu, berdasarkan statistik penampilan yang dikeluarkan oleh J League, Hadi Fayyadh sehingga tamat musim 2020 ini masih tidak tersenarai dalam sebarang perlawanan rasmi J2 League atau saingan piala domestik, lapor Vocket FC. 

Dalam satu temubual bersama sebuah akhbar Jepun – Sanyo News Digital, Hadi Fayyadh menjelaskan selepas dua tahun berkelana di Jepun, beliau kini memiliki lebih keyakinan dalam diri berbanding ketika tiba di Okayama. 

Diharapkan semoga Hadi Fayyadh akan terus gigih berusaha keras untuk mencari tempat dalam skuad utama Fagiano Okayama, seterusnya mencipta sejarah muncul sebagai pemain pertama dari Malaysia melakukan debut dalam aksi J League sejak diperkenalkan pada tahun 1993. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here