Saarani umum portfolio Exco

0
2

MENTERI Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad hari ini mengumumkan portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), kira-kira dua minggu selepas beliau dilantik.

Saarani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Tampan memegang portfolio Agama Islam, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi dan GLC.

Adun Semanggol yang juga Pesuruhajaya PAS Perak, Razman Zakaria pula bertanggungjawab bagi portfolio Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan.

Manakala Adun Selama, Mohd Akmal Kamarudin (Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau).

Adun Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi) dan Adun Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamahri (Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil) .

Sementara itu, Portfolio Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia dipegang Adun Changkat Jering, Ahmad Saidi Mohamad Daud, manakala Adun Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi (Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, dan Pelancongan).

Adun Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya (Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor) dan Adub Kampung Gajah, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO)

Adun Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun (Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam) dan Adun Bota, Khairul Shahril Mohamed (Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Komunikasi dan Multimedia). -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here