KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyiasat syarikat tempatan yang disyaki terbabit dalam kartel daging haram, di bawah dua kesalahan cap dagangan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata syarikat terbabit disiasat di bawah Perenggan 8, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011.
“Kita juga bekerjasama dengan kementerian dan agensi lain yang turut menyiasat kes ini dan buat masa sekarang siasatan masih berjalan.
“Bagi KPDNHEP, kita tumpu kepada salah guna cap dagangan atau logo perniagaan,” katanya seperti dilapor Bernama.
Media sebelum ini melaporkan mengenai kegiatan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo halal di gudang di Senai, Johor. -Malaysiapost
Foto Kredit: Malay Mail

