PM turun padang lawat mangsa banjir Kelantan

0
1

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa kira-kira satu jam untuk melawat mangsa banjir di Kelantan.

Muhyiddin yang tiba jam10 pagi dengan helikopter mendengar taklimat banjir yang disampaikan oleh Ketua Jajahan Pasir Mas, Nik Noor Mohamed Nik Ishak di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi yang turut dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kira-kira 30 minit.

Pada lawatan berkenaan, Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan kepada 154 mangsa banjir membabitkan 59 keluarga yang ditempatkan di PPS berkenaan, lapor Berita Harian.

Perdana Menteri turut bergambar dengan pasukan barisan hadapan yang bertugas di PPS berkenaan.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Perdana Menteri kemudiannya berlepas jam 11 pagi untuk melawat mangsa banjir di Kemaman, Terengganu.

Untuk rekod, sehingga jam 9 pagi ini, seramai 1,065 mangsa banjir dipindahkan di 14 PPS membabitkan 389 keluarga.

Kesemua mangsa banjir berkenaan membabitkan dua daerah iaitu Pasir Mas dan Tanah Merah. -Malaysiapost

Foto Kredit: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here