Beberapa kali putus cinta, Ariana Grande umum bertunang!

0
1

PENYANYI Hollywood, Ariana Grande akhirnya temui ‘cinta’, apabila mengumumkan dirinya bertunang dengan seorang ejen hartanah, Dalton Gomez.

Ariana, 27, mengesahkan berita gembira tersebut menerusi Instagramnya Ahad lalu, dengan menunjukkan sebentuk cincin berlian sebagai bukti tanda ikatan pasangan itu.

Menurut E!online, pasangan tersebut mengambil keputusan untuk bertunang selepas hampir setahun menjalinkan hubungan istimewa.

Mereka secara terbuka berkongsikan kisah cinta sejak Mei lalu malah Ariana turut menampilkan Dalton dalam muzik video lagunya, Stuck With U.

Bintang Pop Amerika Syarikat itu dilihat agak keberatan untuk berkongsikan kisah cinta selepas pernah beberapa kali melalui kegagalan dalam hubungan sebelum ini.

Ariana juga pernah bertunang dengan pelakon Pete Davidson pada 2018, bagaimanapun hubungan itu terlerai lima bulan selepas itu. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here