Nilam Oshman
‘GENTLEMEN’, pengacara, Nabil Mahir menukarkan kasut kepada tunangnya yang juga pelakon dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat selepas melihat buah hatinya itu tidak selesa memakai kasut tumit tinggi.
Situasi berkenaan berlaku di Anugerah Meletop Era (AME) 2020 pada Ahad lalu.
Menerusi Instagram Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, berkongsi video menunjukkan Nabil sedang memakaikan kasut untuknya.
Penyanyi lagu ‘Parah Parah’ itu turut meluahkan rasa terharu dan bangga terhadap sikap mengambil berat tunang itu.
“Terima kasih kerana membawa kegembiraan di hati saya, keindahan kepada dunia saya dan saya sepenuh hati, sayang.
“Posing macho, cuba swipe kiri. Hati selembut sutera. Lelaki kata bukan takut bini tapi sayang bini. Terima kasih untuk segalanya, Wuvv (panggilan manja kepada Nabil),” tulisnya.
Pasangan selebriti itu mengikat tali pertunangan pada 28 April lalu melalui aplikasi Google Meet bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika itu.
Ayda dan Nabil bakal melangsungkan pernikahan pada 1 Januari tahun depan. -Malaysiapost

