JDT ‘ikat’ Danial Amier

0
2

PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini secara rasmi memperkenalkan pemain tengah baru mereka, Danial Amier dalam satu majlis yang diadakan sebentar tadi.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memaklumkan bahawa Danial Amier adalah seorang pemain yang memiliki semangat juang yang tinggi serta berani menyahut cabaran untuk berada dalam kelab itu.

“Kami sangat gembira memiliki pemain yang bukan sahaja berbakat, tetapi yang berani menyahut cabaran berada di JDT. Ini kerana kami semua sedia maklum bahawa JDT bukan lagi sebuah kelab yang sedang berkembang, tetapi kami adalah “established club.”

“Kita semua juga tahu ‘tough’ untuk berada dalam skuad JDT, ramai pemain-pemain yang hebat tetapi apa yang saya ‘admire’ dengan pemain yang berada disebelah kiri saya ini adalah ‘the fighting spirit’, berani dengan ‘challenge’ yang akan dihadapi, dan saya rasa dia buat keputusan yang tepat untuk berada dalam ‘the best club in the country’,” katanya.

Menurut TMJ ketika menjawab soalan media yang hadir, Danial Amier dibawa masuk ke JDT dengan kontrak dua tahun terlebih dahulu walaupun TMJ memiliki perancangan untuk menandatangani pemain itu selama empat musim. -Malaysipaost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here