Tiket Liga M dijual dalam talian musim depan

0
1

TIKET bagi aksi awal Liga Malaysia (Liga M) musim depan hanya akan dijual secara dalam talian, menurut Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Ia sekali gus menyaksikan tiada tiket perlawanan akan dijual di kaunter stadium setelah kerajaan membenarkan kehadiran 10 peratus atau maksimum 4,000 penonton daripada kapasiti bagi musim 2021.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ab Ghani Hassan berkata langkah itu bagi mengelak pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 jika penyokong menyerbu kaunter tiket di stadium.

“Antara SOP yang akan kita kemukakan nanti, kita mewajibkan semua tiket dijual secara online dan tiada lagi beratur beli tiket secara fizikal bagi mengelak kejadian tidak baik berlaku.

“Kelonggaran diberikan (kerajaan), kita patut bertanggungjawab, jangan kita ambil mudah,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Semalam, Ab Ghani menjelaskan peluang dan kepercayaan yang diberikan kerajaan tidak boleh disia-siakan dengan tindakan tegas akan diambil ke atas pasukan sekiranya terdapat penyokong yang melanggar SOP.

Malah, beliau dilaporkan berkata jumlah 10 peratus atau maksimum 4,000 penonton yang dibenarkan hanya akan diberi kepada penyokong di negeri tuan rumah bagi mengelak berlaku rentas negeri besar-besar daripada penyokong pelawat.

Sebelum ini, terdapat cadangan daripada penyokong supaya tiket 10 peratus kapasiti penyokong itu diberi keutamaan kepada pemegang pas bermusim atau ahli kelab berdaftar. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here