Perbicaraan MH17 berlangsung Jun depan

0
2

PERBICARAAN kes pesawat MH17 milik Malaysia Airlines (MAS) yang ditembak jatuh di timur Ukraine enam tahun lalu dijadualkan berlangsung pada 7 Jun tahun depan.

Mahkamah di The Hague dalam satu kenyataan berkata, proses persidangan pra-perbicaraan fasa pertama bagi kes itu selesai pada 25 November lalu dan dirujuk kepada peguam untuk siasatan tambahan.

“Jika siasatan peguam berlangsung seperti diharapkan, mahkamah akan memulakan pendengaran merit dalam perbicaraan jenayah MH17 pada Isnin, 7 Jun 2021,” kata kenyataan itu, semalam, seperti dilaporkan Berita Harian.

Mahkamah di The Hague telah selesai merumuskan prosiding jenayah MH17 ketika fasa pra-perbicaraan pada 25 November lalu.

“Sekarang, peguam memberitahu mahkamah mengenai kemajuan siasatan itu. Berdasarkan maklumat, mahkamah akan menyusun jadual sementara.

“Tarikh pendengaran seterusnya akan berlangsung pada 1 Februari 2021. Topik yang akan dibahaskan merangkumi kemajuan siasatan tambahan dan status tuntutan kerosakan dikemukakan waris mangsa.

“Ia termasuk permohonan Perkhidmatan Pendakwa Raya Awam untuk memeriksa rangka pesawat MH17,” katanya.

Sementara itu, pada pendengaran 15 April 2021, mahkamah akan memutuskan kebenaran pemeriksaan ke atas bangkai pesawat dijalankan.

Jelas kenyataan itu, jika mahkamah memberi kebenaran, pemeriksaan dijangka dilakukan pada Mei 2021.

Pada 17 Julai 2014, pesawat MH17 dengan 298 penumpang serta anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, ditembak jatuh di Ukraine.

Berikutan itu, Pasukan Siasatan Bersama (JIT) dibentuk dengan dianggotai penyiasat dan pendakwa dari Australia, Belgium, Malaysia, Belanda dan Ukraine.

Perbicaraan kes berkenaan bermula pada 9 Mac lalu di Kompleks Kehakiman Schipol (SJC) The Hague.

Perbicaraan kes berprofil tinggi itu adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah District The Hague (Mahkamah Rendah) mengikut sistem perundangan Belanda. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here