Kedai Lan Solo dirompak

0
2

SELAIN aktif menyanyi, Lan Solo kini giat mengusahakan perniagaan kedai runcit dinamakan Solo Borneo Mart yang membekalkan produk makanan dari Sabah, Sarawak, Labuan dan Brunei di Puchong.

Bekas penyanyi kumpulan Kristal itu tidak terlepas berdepan dugaan dalam perniagaan apabila kedainya dirompak semalam.

Menerusi hantaran Instagram miliknya, Lan Solo memohon bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil dalam memastikan identiti perompak didedahkan.

“Minta bantuan warga Puchong. Kedai kami dirompak. Lelaki India ini telah memaksa staf saya serahkan duit sales.

“Jika terjumpa lelaki India ini, tolong dapatkan maklumat diri dan kenderaan yang digunakan. Terima Kasih,” tulisnya. 

Kedai menjual barangan dari Borneo diusahakan Lan Solo

Sementara itu, isteri Lan, Sheila menerusi Instagram story, meminta orang ramai terutama penduduk Puchong agar berhati-hati.

“Allahuakbar. Kedai kami di Puchong telah dirompak. Habis semua duit sales hari ini.  

“Seorang lelaki India telah menggunakan kekerasan kepada staf supaya menyerahkan duit kepadanya. 

“Warga Puchong dan sekitarnya, sila berhati-hati ya,” jelasnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here