1,683 kes baharu jangkitan Covid-19

0
1

Nurul Huda Abhar

SEBANYAK 1,683 kes baharu jangkitan Covid-19 telah direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 90,816.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu itu, terdapat lapan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan Covid-19 dalam negara pula sebanyak 1,675 kes.

“Negeri Selangor kekal kes harian baharu tertinggi iaitu 692 kes, idikuti Sabah 260 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 197 kes.

“Sebanyak 313 kes yang dilaporkan pula berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen, iaitu Kluster Penjara Jalan Harapan (235 kes), Kluster Tembok (55 kes), Kluster Tembok Gajah (12 kes), Kluster Bakti (lapan), Kluster Penjara Kepayan (dua) dan Kluster Penjara Seberang Perai (satu).

“Tiada pertambahan kes kematian dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal 432 kes iaitu 0.48 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga kini terdapat 106 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 51 kes memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here