Tertuduh tikam anak menangis lihat gambar

0
1

LELAKI yang menikam perut anak perempuannya berusia 18 bulan hingga terburai, dijatuhi dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, hari ini.

Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar menjatuhkan hukuman itu Muhammad Safwan Shafie, 27, selepas tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa.

Sebelum itu, ketika dibawa masuk ke dalam kandang tertuduh, jam 10.27 pagi, dia kelihatan hanya mendiamkan diri.

Bagaimanapun, sebaik ditunjukkan gambar mangsa oleh polis mahkamah untuk tujuan pengecaman, tertuduh mula menangis teresak-esak dan mengakui gambar berkenaan, lapor Berita Harian.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Muhammad Safwan didakwa cuba membunuh anaknya dengan menikam perut mangsa di sebuah Flat Puchong Permai, Puchong, jam 4.30 petang, 12 Disember 2020.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here