Perkhidmatan feri Pulau Pinang diteruskan

0
1

PERKHIDMATAN feri Pulau Pinang yang menghubungkan tanah besar di Seberang Perai dengan bahagian pulau negeri berkenaan akan diteruskan.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, berkata kerajaan meluluskan RM30 juta kepada Pelabuhan Pulau Pinang bagi mengambil alih perkhidmatan tersebut.

“Saya mengesahkan peruntukan itu seperti yang diluluskan akan dibayar secara dua kali ansuran tahunan yang mana RM15 juta akan dibayar pada 2021 sebagaimana diluluskan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021.

“Baki RM15 juta akan disediakan kerajaan. Kerajaan akan memastikan Pelabuhan Pulau Pinang disyaratkan untuk meneruskan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang ikonik dan berwarisan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini

Beliau menjawab pertanyaan Lim Guan Eng (PH-Bagan) pada sesi penggulungan RUU Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Covid-19) 2020.

Sebelum ini, perkhidmatan feri Pulau Pinang dilaporkan akan dihentikan bermula 1 Januari ini dan diganti dengan bot penumpang laju yang hanya membawa pejalan kaki serta penunggang basikal dan motosikal. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here