Nak ikut citarasa peribadi, sila buka parti sendiri

0
2

JANGAN guna parti hanya untuk mencapai hajat sendiri, termasuk menjadi calon pilihan raya dan bergelar Yang Berhormat (YB).

Demikian siap Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menerusi Twitternya malam tadi, dipercayai menyindir beberapa pemimpin yang didakwa menggunakan nama parti untuk kepentingan sendiri.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan kepada siapa kenyataan itu ditujukan oleh Menteri Wilayah Persekutuan tersebut.

“Janganlah guna parti hanya untuk mencapai hajat sendiri, termasuk menjadi calon pilihan raya dan bergelar YB.

“Tapi bila dah naik, keputusan parti dibelakangkan dan buat hal kononnya hak peribadi.

“Jika nak ikut citarasa peribadi, boleh buka parti sendiri atau jadi calon bebas… berani?,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here