MP Pasir Gudang tawar diri cuba vaksin Covid-19

0
2

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menawarkan diri sebagai orang pertama dalam kawasannya menggunakan vaksin Covid-19.

Beliau memaklumkan perkara berkenaan dalam satu kenyataan hari ini.

“Bahawa saya Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang dengan sesungguhnya dan suci hati mengisytiharkan bahawa saya menawarkan diri untuk menjadi orang pertama dalam kawasan Parlimen Pasir Gudang untuk menerima vaksin menentang Covid-19,” katanya.

Hassan berkata, tujuan beliau membuat pengisytiharan itu untuk memberi keyakinan kepada rakyat di Pasir Gudang, Johor dan di seluruh Malaysia.

“Bahawa vaksin yang akan digunakan dalam program suntikan kelolalan Kementerian Kesihatan Malaysia adalah selamat.

“Bersama-samalah kita perangi pandemik Covid-19 ini untuk kita mendapatkan kembali kebebasan, kemerdekaan dan cara hidup kita sebagai masyarakat manusia yang bermaruah,” katanya.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here