Tindakan Ku Li bersama Tun M tak kelirukan ahli Umno

0
1

TINDAKAN veteren Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mengadakan sidang media bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menolak Belanjawan 2021 tidak mengelirukan ahli Umno.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, ia disebabkan penubuhan kerajaan pada hari ini adalah atas keputusan Ahli Parlimen.

“Jadi Ahli Parlimen bebas untuk membuat keputusan sendiri. Masa kita tubuhkan kerajaan dahulu, bukan parti yang membuat keputusan.

“Ahli Parlimen berkumpul beramai-ramai kemudian kita setuju dan maklumkan kepada Majlis Tertinggi,” katanya.

Mohamed Nazri berkata, parti itu tidak perlu mengambil tindakan disiplin terhadap Ahli Parlimen Gua Musang itu seperti melucutkan keahliannya kerana jumlah Ahli Parlimen Umno kini kecil.

“Kalau jumlah kita besar bolehlah kita nak buang orang dan ini bukan era buang orang. Melainkan masa kempen pilihan raya dia berkempen lawan kita, itu lain,” katanya.

Sementara itu, Mohamed Nazri menyatakan bahawa pihak pembangkang tidak akan membuat undi percaya selepas ini setelah mereka gagal untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Setakat ini saya tak nampak. Sebabnya kalau dibuat undi tidak percaya, mereka kena buat keputusan (memilih calon perdana menteri) terlebih dahulu dalam kalangan mereka.

“Kalau mereka berjaya, siapa yang akan menjadi calon Perdana Menteri? Hari ini saya tengok, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal juga ditonjol sebagai Perdana Menteri, Dr Mahathir juga nak. Di kalangan mereka tidak ada kata sepakat,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Mohamed Nazri, kerajaan hari ini masih lagi boleh berfungsi dan mempunyai majoriti kerana dalam sesi pengundian di Dewan Rakyat mereka tidak pernah kalah kepada pembangkang.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here