PM hargai Ahli Parlimen sokong Belanjawan 2021

0
1

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Parlimen khususnya daripada Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC).

Ia susulan sokongan diberikan sehingga Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 diluluskan oleh Dewan Rakyat semalam.

Muhyiddin berkata, sokongan itu membuktikan keprihatinan dan kebersamaan semua Ahli Parlimen kerajaan menentukan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta pemulihan ekonomi dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.

“Saya juga mengingatkan kepentingan untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan menjaga kawasan diwakili sebaiknya,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Penghargaan itu dizahirkan Muhyidddin dalam ucapan ringkas di majlis makan tengah hari bersama wakil rakyat PNBBC di Parlimen hari ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob antara Ahli Parlimen PNBBC yang hadir majlis makan tengah hari itu. 

Belanjawan 2021 itu diluluskan di Dewan Rakyat apabila RUU Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) memperoleh sokongan majoriti Ahli Parlimen.

RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagian selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang menyaksikan 111 ahli Parlimen bersetuju, 108 tidak bersetuju dan seorang tidak hadir. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here