Mohamad Ali dilantik Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara

0
1

SENATOR Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dimasyhur sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara hari ini.

Mohamad Ali, 56, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka merupakan calon tunggal yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terdahulu, usul pencalonan Mohamad Ali dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili Perdana Menteri mengikut Peraturan Mesyuarat 5 (2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara.

Usul itu disokong Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Shabudin Yahaya.

Pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu itu adalah bagi menggantikan Datuk Seri Abdul Halim Abd Samad yang tamat penggal perkhidmatan pada 22 November lalu. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here