Majoriti tipis, kerajaan tak boleh dabik dada – Noh Omar

0
1

DENGAN majoriti hanya tiga undi, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat dilihat rapuh dan tidak stabil.

Susulan kejayaan Belanjawan 2021 yang diluluskan untuk bacaan kali ketiga semalam, Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar mengakui Kerajaan PN tidak boleh mendabik dada kerana bakal berhadapan kesukaran jika berlaku sebarang undi belah bahagi di Dewan Rakyat nanti.

“Lebih tiga majoriti ketika ini, maksudnya kalau ada undian akan datang, sekiranya empat individu tidak hadir maka kerajaan ini tidak mendapat sokongan.

“Kalau kita lihat di dunia ini kalau tidak silap kerajaan PN inilah yang merupakan kerajaan mempunyai majoriti paling tipis sekali di mana hanya lebih tiga undi sahaja,” katanya seperti dilapor FMT.

Justeru, Noh menggesa Pilihan Raya Umum (PRU15) diadakan secepat mungkin bagi memberikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih sebaik sahaja keadaan Covid-19 reda.

Sekiranya keadaan ini berterusan,menurut Noh, ia akan turut memberi kesan kepada pelabur luar berikutan situasi ketidaktentuan politik negara.

Semalam, Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 diluluskan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali ketiga menerusi undi belah bahagi yang menyaksikan 111 wakil rakyat menyokong, 108 menolak dan satu tidak hadir. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here