MFL akan bentang cadangan benarkan 10 peratus penyokong masuk ke stadium

0
1

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) akan membentangkan cadangan untuk membenarkan penyokong hadir bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Presiden MFL, Datuk Hamidin Mohd Amin memaklumkan pihaknya akan membentangkan cadangan untuk membenarkan kehadiran penyokong bermula dengan skala kecil.

“Kami mencadangkan sebanyak 10 peratus penyokong untuk dibenarkan masuk ke stadium. Kami akan berbincang dengan Menteri Belia dan Sukan dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dimana kami sebulat suara mahu perkara ini dilaksanakan.

“Perkara ini membabitkan kemeriahan Liga Malaysia disamping penajaan itu sendiri. Kami mahu penyokong untuk dibenarkan hadir ke stadium dan sudah pasti mengikut Standard Operation Procedure (SOP) yang telah ditetapkan MKN

“Kami akan bermula dengan skala kecil terlebih dahulu. Bilangan tersebut akan bertambah secara berperingkat,” katanya menerusi Facebook MFL.

Sebelum ini liga di negara Asia lain seperti Thailand, Vietnam dan Jepun terlebih dahulu membenarkan penyokong untuk hadir ke stadium bagi saingan liga domestik.

Mereka bermula dengan skala kecil dan kemudiannya membenarkan lebih ramai penyokong hadir sambil menerapkan SOP ketat dalam setiap perlawanan. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here