Muhammad Mustakim Ramli
PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) sebentar tadi mengumumkan logo baharu Kedah Darul Aman FC (KDA FC).
Menerusi perkongsian di Facebook FA Kedah, logo rekaan, Ku Basri Ku Halim telah dipilih sebagai pemenang Penjenamaan Logo KDA FC yang diumumkan oleh Presiden KFA yang juga Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.
Kemenangan itu membolehkan Ku Basri menerima hadiah wang tunai RM5,000 yang ditaja oleh Darul Murtadha.
Bagaimanapun timbul persoalan dalam kalangan penyokong Hijau Kuning kerana logo yang diumum menang itu sebelum ini tidak disenarai dalam kalangan tiga logo terbaik yang diundi penyokong. -Malaysiapost


