Covid-19: Selangor kembali catat kes tertinggi

0
1

Muhammad Mustakim Ramli

SELANGOR kembali mencatat jumlah kes tertinggi penularan Covid-19 apabila mencatatkan 481 kes daripada 1,295 kes yang direkodkan, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, berkata daripada 1,295 kes hari ini, 1,285 adalah penularan tempatan manakala 10 lagi kes import.

“Sabah mencatat negeri kedua tertinggi dengan 268 kes, diikuti Kuala Lumpur (232); Johor (105) dan Pulau Pinang (69).

“Hanya Perlis dan Sarawak sahaja tidak mencatatkan sebarang kes penularan Covid-19, hari ini,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Sementara itu, beliau memaklumkan sebanyak 1,052 kes sembuh dicatatkan hari ini dengan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 72,733 kes.

“Sehingga kini, terdapat 113 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 53 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan tujuh kes kematian Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat pandemik ini di Malaysia adalah sebanyak 429 kes,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here