Covid-19: KL atasi Selangor penularan kes tertinggi hari ini

0
1

Muhammad Mustakim Ramli

KUALA Lumpur mengambil alih kedudukan Selangor apabila mencatatkan jumlah penularan kes tertinggi Covid-19 hari ini dengan 693 kes daripada 1,772 kes yang direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, berkata daripada 693 kes itu, 567 adalah dari Kluster Tapak Bina Damanlela yang membabitkan generasi kelima dan keenam.

“Pelaporan kes kedua tertinggi mengikut negeri adalah Selangor sebanyak 503 kes dan diikuti Sabah dengan 260 kes.

“Sebanyak 120 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok (99 kes), Penjara Jalan Harapan (15 kes), dan Bakti (6 kes),” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata jumlah kes harian itu menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 86,618, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 14,515 kes.

“Sehingga kini, terdapat 118 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 56 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan tiga kes kematian Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat pandemik ini di Malaysia adalah 422,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here