Tak kan saya nak kerjasama dengan orang jatuhkan diri sendiri – Najib

0
2

Muhammad Mustakim Ramli

TAK ingin, kata Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau tidak berminat untuk bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempunyai sejarah ‘menjatuhkan diri sendiri’.

“Macam saya tersangat ingin nak kerjasama dengan orang yang rancang jatuhkan diri sendiri kot.

“Nanti tak tidur malam tiap-tiap hari sebab risau esok kerajaan akan tiba-tiba tumbang tanpa apa-apa sebab,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ahli Parlimen Pekan itu juga turut memuatnaik dua keratan berita mengenai Dr Mahathir iaitu “Dr M: Saya dituduh rancang jatuhkan diri sendiri” dan “Dr M ulangi pendirian tak mahu kerjasama dengan Najib.

Terdahulu, petang tadi Ahli Parlimen Langkawi itu menyatakan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan Najib walaupun mengharapkan Ahli-ahli Dewan Rakyat dapat menolak Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 esok.

Mahathir dilaporkan berkata beliau berpegang kepada prinsip bahawa Najib adalah punca sebenar mengapa negara tidak berada pada landasan yang tepat untuk menjadi negara maju.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here