Dr M, Ku Li umum kerjasama politik petang ini?

0
1
Former Prime Minister Mahathir Mohamad, speaks at a press conference in Kuala Lumpur on August 7, 2020 to announce the formation of a new political party. (Photo by Vincent Thian / POOL / AFP)

TUN Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah, dua tokoh politik veteran yang pernah berseteru sehingga berlakunya perpecahan dalam Umno pada 1987, buat pertama kali sejak sekian lama akan berkongsi pentas petang ini.

Kedua-duanya akan mengadakan satu sidang media khas secara bersama, dipercayai berkaitan situasi politik semasa.

Pihak media telah menerima jemputan menghadiri sidang media tersebut daripada Pejabat Dr Mahathir dan ia akan diadakan di Yayasan Al Bukhary di Kuala Lumpur, jam 4 petang ini.

Difahamkan, Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh atau Ku Li pernah berunding sebelum ini untuk menjalin kerjasama politik.

Kedua-dua pemimpin sebelum ini pernah meminta undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dibahaskan di Parlimen.

Sidang media bersama itu berlaku di tengah-tengah laporan yang mendakwa Presiden PKR yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan lebih jitu untuk menjatuhkan Muhyiddin.

Anwar didakwa mendapat sokongan 10 Ahli Parlimen Umno termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ketua pembangkang itu turut dikatakan mempunyai sokongan dalam bentuk akuan bersumpah (SD) daripada 10 Ahli Parlimen itu yang akan dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here