Zoo Kuala Krai akan dibuka Jun 2021

0
1

ZOO Kuala Krai merupakan satu-satunya zoo di Kelantan dijangka dibuka semula pada Jun tahun depan, selepas ditutup hampir 20 tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, setakat ini kerja-kerja bagi menyiapkan infrastruktur seperti pagar, laluan, landskap serta kandang haiwan dan sangkar burung sedang dilakukan.

Menurutnya zoo berkenaan adalah berkonsepkan Taman Hutan Bandar di mana pengunjung boleh “bermain-main” dan berinteraksi dengan haiwan yang ada di situ.

Beliau berkata haiwan liar lain seperti harimau, buaya, singa atau gajah tidak akan ditempatkan di situ disebabkan kos penjagaannya yang tinggi.

“Di zoo itu kita akan lebih banyak meletakkan haiwan seperti burung, landak, rusa, kambing pelbagai spesis dan lain-lain.. pengunjung khususnya kanak-kanak boleh bermain dengannya. Sebagai contoh, kanak-kanak boleh memberi makanan kepada haiwan, dan ini membentuk hubungan antara manusia dengan haiwan.

“Apa yang paling menarik ialah kawasan zoo itu yang terletak dipinggir bandar Kuala Krai memang mempunyai pemandangan yang cantik kerana terletak di kawasan tinggi selain laluannya yang agak berbukit,”  katanya ketika seperti dilaporkan Bernama.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bayaran tertentu akan dikenakan kepada pengunjung zoo yang terletak di kawasan seluas 2.22 hektar itu, yang bertujuan untuk menguruskan kos penyelengaraan dan membayar gaji kakitangan.

“Menariknya, zoo ini mempunyai empat aras di mana aras bawah mempunyai surau dan kawasan rehat untuk keluarga bersantai,” katanya.

Difahamkan, zoo dan Muzium Kuala Krai beroperasi selama berpuluh-puluh tahun sebelum ditutup dan diganti dengan Taman Burung pada 2007 yang akhirnya turut ditutup pada 2010 ekoran kos perbelanjaan makanan haiwan yang tinggi. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here