Bayi 18 bulan ditikam bapa stabil

0
1
grafik

SEORANG bayi perempuan berusia 18 bulan yang terburai usus akibat ditikam bapanya semalam, dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas selesai menjalani pembedahan di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon, berkata  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus membuat pemantauan rapi dan memberikan rawatan yang diperlukan mangsa. 

“Sama-samalah kita mendoakan agar pesakit segera sembuh,” katanya di Facebook Program Perubatan KKM hari ini.

Bayi berkenaan menerima rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Serdang sebelum dibawa ke Hospital Tunku Azizah.

Semalam, media melaporkan suspek yang berusia 27 tahun dipercayai tertekan dan juga dibawah pengaruh dadah, secara tiba-tiba mengamuk sebelum bertindak menikam perut anaknya itu di sebuah rumah di Puchong Permai. 

Polis berjaya memberkas suspek yang bekerja sebagai pemasang lapisan filem sebelum merampas pisau potong roti digunakan untuk menikam mangsa. –Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here