PKPD Kampung Numbak, Penempatan Telipok Sabah tamat hari ini

0
1

Nilam Oshman

PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Numbak dan Penempatan Telipok, Kota Kinabalu, Sabah bermula 16 November lalu, ditamatkan hari ini.

Menteri Kanan (keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sehingga 10 Disember lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 6,776 ujian saringan di kedua-dua lokaliti ini.

“Sebanyak 175 kes kumulatif Covid-19 telah direkodkan di Kampung Numbak dan 224 kes di Penempatan Telipok,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini KKM mengesahkan jumlah kes aktif di kedua-dua lokaliti ini menunjukkan trend penurunan dan terkawal.

“Atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Kampung Numbak dan Penempatan Telipok, Kota Kinabalu, Sabah pada hari ini, 13 Disember 2020 seperti mana dijadualkan,” katanya.  –Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here