Covid-19: Lagi 6 kluster baharu dikenal pasti

0
1

Nilam Oshman 

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti enam lagi kluster baharu Covid-19 hari ini. 

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, enam kluster baharu itu membabitkan Labuan, Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang. 

1. Kluster Hujung Pasir 

Kluster ini berkaitan dengan tempat kerja di Wilayah Persekutuan Labuan di mana lima  kes telah dikesan positif Covid-19. 

2. Kluster Lestari 

Kluster ini berkaitan dengan kumpulan berisiko tinggi melibatkan daerah Petaling, Hulu Langat, Klang dan Sepang di Selangor serta Lembah Pantai di Kuala Lumpur  di mana 31 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini. 

3. Kluster Desa Idaman 

Kluster berkaitan dengan keagamaan ini melibatkan daerah Kulai di Johor di mana lapan kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini. 

4. Kluster Tapak Bina Rimbun 

Kluster berkaitan dengan tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. 

Kes-kes awal bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 10 Disember hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan sebuah tapak binaan di mana 16 kes dikesan positif Covid-19. 

5. Kluster Tanjung Suria 

Kluster berkaitan tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang, Gombak, Kuala Selangor dan Hulu Selangor di Selangor. 

Kes-kes awal bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 7 Disember hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan dua kilang di mana 31 kes telah dikesan positif dalam kluster ini. 

6. Kluster Kuala 

Kluster berkaitan  tempat kerja ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang di mana 26 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here