Syafiq Kyle rela potong rambut pendek untuk filem aksi terbaharu

0
1

PELAKON, Syafiq Kyle terpaksa mengorbankan rambutnya yang disimpan hingga paras bahu demi tuntutan watak dalam sebuah filem aksi.

Menurut pemilik nama sebenar Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 28, berkata dia tiada pilihan dan terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada rambut kesayangannya demi watak yang bakal dibawa.

Syafiq berkata, dia berbuat demikian bagi menjayakan watak Khairul dalam filem arahan Andre Chiew dan Nazeem Shah.

“Watak Khairul masih belum dapat didedahkan. Saya nekad memotong rambut hampir botak selepas dimaklumkan tarikh penggambaran dijangka bermula pertengahan bulan ini.

“Demi mencari kelainan dan watak, saya potong sahaja rambut. Saya tak fikir panjang untuk pastikan watak yang dibawakan relevan dan realistik. Ini kali pertama saya menipiskan rambut seperti ini.

“Seingat saya masa bersekolah pernah potong pendek dan nipis. Tetapi, kali ini memang hampir botak,” katanya, lapor Harian Metro.

Tambahnya berkata, sesi latihan intensif untuk filem berkenaan sudah dilakukan sejak sebulan lalu.

Menurut Syafiq, walaupun jadual kerjayanya agak padat apabila tidak henti menjalani penggambaran namun dia seronok melakukan kerja terbabit.

“Memang jadual saya agak padat dengan penggambaran yang kadang-kadang berterusan untuk beberapa bulan. Ditambah pula dengan kerja lain seperti kempen dan sesi fotografi.

“Tapi, saya seronok buat hal sebegitu, terutama bila karya yang saya jayakan dapat menghiburkan hati peminat.

“Saya juga bersyukur kerana pihak pengurusan mengaturkan jadual kerja saya dengan sebaik mungkin. Jadi, saya masih ada masa rehat dan cuti dalam pada kerja yang dibuat.

“Bagi saya, biar sibuk bekerja daripada tidak berbuat apa-apa sebab apabila sibuk bekerja kita tak sedar masa berlalu begitu pantas dan macam-macam hal sudah dilakukan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here