Saarani mahu ubati luka PN Perak

0
2

MENTERI Besar, Datuk Saarani Mohamad memaklumkan beliau akan berusaha mengubati luka antara parti di dalam Perikatan Nasional (PN) di Perak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Tampan itu berkata, beliau sedia menyatukan semula hubungan pemimpin ketiga-tiga parti – Umno, Bersatu dan PAS – demi melicinkan pentadbiran kerajaan dipimpinnya.

“Apabila ketiga-tiga pimpinan tertinggi tandatangan persetujuan kerjasama, siap sedia satukan hati pemimpin ketiga-tiga parti ini, kita usaha untuk ubatkan luka jika ada.

“Selepas ini kita akan berusaha untuk mengubat luka jika ada. Kita akan perbaiki kelemahan dalam ketiga-tiga parti ini,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Terdahulu, Saarani mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-14 di Istana Iskandariah, pagi tadi.

Istiadat mengangkat sumpah dan menerima watikah pelantikan itu berlangsung di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada jam 11.20 pagi.

Istiadat angkat sumpah itu sekali gus mengakhiri persoalan dan teka-teki siapakah yang akan menduduki kerusi itu selepas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu melepaskan jawatan itu pada 5 Disember lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here