Amanah Perak sedia bekerjasama dengan MB baharu

0
2

PARTI Amanah Perak sedia memberi kerjasama penuh kepada Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad, sekali gus membantu pembentukan kerajaan baharu stabil dan kuat, kata Pengerusinya, Datuk Asmuni Awi.

Beliau berkata walaupun tidak dapat membentuk kerajaan seperti dirancang, pihaknya komited memberikan kerjasama kepada Saarani.

“Awal pagi tadi saya sudah mengucapkan tahniah kepada Datuk Saarani di atas pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.

“Saya yakin, dalam sejarah baharu politik Malaysia ini terutama Perak, beliau akan dapat melakukan perubahan dan sesuatu terbaik untuk rakyat di negeri ini,” katanya seperti dilapor BH.

Asmuni berkata, perkara itu juga tanda atau ‘good gesture’ untuk permulaan daripada kerajaan untuk semua pihak.

“Insya-Allah kita bersedia bekerjasama untuk membantu bagi membolehkan wujud kerajaan stabil dan kuat demi kebaikan rakyat terutama dalam suasana berhadapan Covid-19 dan pelbagai masalah ekoran daripadanya yang masih tidak nampak jalan penyelesaiannya,” katanya.

Asmuni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manjoi itu berkata, beliau memohon peruntukan kepada semua Adun dikembalikan tidak kira sama ada kerajaan mahupun pembangkang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here