Kerajaan beri kelonggaran jumlah individu makan di kedai

0
2

Muhammad Mustakim Ramli

KERAJAAN hari ini bersetuju untuk memberi kelonggaran bagi jumlah individu makan di restoran dengan mengikut saiz meja.

Namun kerajaan menetapkan penjarakan fizikal masih perlu dilakukan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kelonggaran itu diberikan kepada semua kawasan kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Kerajaan telah memberi kelonggaran bermula 7 Disember lalu untuk pergerakan rentas daerah dan negeri di seluruh negara kecuali di kawasan PKPD, namun ia bukanlah ‘lampu hijau’ untuk kita alpa kerana kelonggaran ini bukan bermakna pandemik Covid-19 sudah berakhir.

“Kerajaan juga hari ini bersetuju untuk memberi kelonggaran bagi jumlah individu dine in di meja kedai makan adalah mengikut saiz meja dengan penjarakan fizikal.

“Saya menjangkakan minggu ini jalan raya akan sesak kerana orang ramai akan pulang ke kampung atau membawa keluarga bercuti setelah sekian lama tidak dapat berbuat demikian.
Jadi, kita harus terus patuh mengikut SOP,” katanya, hari ini.

Ketika awal pelaksanaan PKPB di Lembah Klang pertengahan Oktober lalu, kerajaan menetapkan peraturan yang membenarkan maksimum empat orang satu meja apabila makan di restoran.

Kapasiti itu dibenarkan bergantung kepada saiz meja dan pelanggan masih perlu mengamalkan penjarakan fizikal, iaitu dua orang satu meja kecil dan maksimum empat orang jika makan itu besar.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here