Individu dari Brunei dibenar masuk Sabah – Masidi

0
2
KOTA KINABALU, 18 Okt -- Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun ketika mengadakan sidang media perkembangan semasa COVID-19 di negeri Sabah di sini hari ini. --fotoBERNAMA(2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KERAJAAN negeri memutuskan untuk memberi kebenaran individu dari Brunei memasuki Sabah menerusi jalan darat atau udara dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, keputusan itu dipersetujui Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, individu dari negara berkenaan juga akan tertakluk kepada syarat menjalani ujian saringan tiga hari sebelum perjalanan sebagaimana yang ditetapkan dalam SOP PKPB Sabah.

“Keputusan ini dibuat memandangkan Brunei tidak termasuk dalam senarai 23 buah negara yang disekat kemasukan ke Malaysia.

“Saya juga turut difahamkan Brunei tidak mencatatkan kes baharu sejak tujuh bulan lepas dan langkah ini juga dijangka dapat merancakkan sektor ekonomi Sabah,” katanya, lapor Harian Metro.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas mengenai perkembangan harian Covid-19 di Sabah secara maya, hari ini.

Sementara itu, beliau menambah pihaknya juga akan mempertimbangkan kemasukan individu dari negara lain yang tidak tersenarai dalam 23 negara yang disekat masuk ke Malaysia.

Katanya, pelbagai aspek perlu dipertimbangkan berkenaan perkara terbabit dari semasa ke semasa. – Malaysiapost

Foto Kredit: Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here