DUN Perak: 10 minit saja bersidang

0
1

TAK sampai 10 minit. Itulah yang terjadi dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

Persidangan singkat yang bermula jam 2.30 petang tadi itu disiarkan secara langsung menerusi saluran Youtube DUN Perak https://www.youtube.com/c/DUNPerak.

Keadaan itu berlaku apabila bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meletak jawatan bersama barisan Exco selepas gagal memperoleh sokongan majoriti dalam usul undi percaya terhadapnya pada sidang DUN, Jumaat lalu.

Bagaimanapun persidangan hari ini perlu berlangsung seperti yang diputuskan sebelumnya.

Yang Dipertua DUN Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid sebentar tadi memaklumkan persidangan ditangguhkan pada 16 Disember 2020 jam 2.30 petang.

Media sebelum ini melaporkan persidangan tidak dapat diteruskan sekiranya tiada menteri besar dan sekurang-kurangnya empat ahli Exco yang dilantik.

Berdasarkan jadual asal, sidang DUN Perak sepatutnya berlangsung lima hari bermula Jumaat lalu dengan pembentangan Belanjawan 2021 sebelum bersambung semula semalam hingga Jumaat ini.

Keputusan pengundian menyaksikan Ahmad Faizal hanya memperoleh 10 undi menyokong, berbanding 48 undi terdiri daripada 24 wakil BN daripada UMNO dan 24 wakil Pakatan Harapan (PH) menolak, dan satu berkecuali.

Ahmad Faizal yang juga Adun Chenderiang, kemudian mempersembahkan surat peletakan jawatan menteri besar dan juga barisan EXCO kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.- Malaysiapost

YouTube (https://www.youtube.com/c/DUNPerak)
DUN Perak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here