Terjemah kebesaran Allah melalui lukisan

0
2

Muhammad Mustakim Ramli

LUKISAN kebesaran Allah. Itulah keistimewaan hasil karya seni, pelukis Nasrun Mat Yusuf.

Bertemakan mukjizat para nabi, Nasrun, 49, berkata dia memilih pendekatan itu bagi menyampaikan mesej agama melalui lukisan.

“Saya melukis sejak kecil dan menerima bayaran ketika di darjah dua… lukisan kartun, kawan-kawan yang beli. Apabila di sekolah menengah saya belajar cat minyak.

“Sekarang ini Alhamdulillah, Allah buka hati saya untuk lukis perkara yang bermanfaat. Jadi apa yang saya fikirkan mahu banyakkan lukisan berkaitan nabi.

“Saya mahu orang melihat kehebatan Allah melalui lukisan. Kadang-kadang kita terbayang macam-macam jadi saya mahu ia diceritakan melalui lukisan,” katanya ketika ditemui Malaysiapost.

Beliau yang juga jurutera berkata, antara lukisan itu adalah mengenai mukjizat Nabi Musa membelah laut untuk menyelamatkan kaumnya, Bani Israel daripada Firaun laknatullah dan tenteranya.

Selain lukisan, bulan terbelah dua iaitu mukjizat Nabi Muhammad SAW dan bahtera Nabi Noh.

Mereka yang berminat boleh menghubungi beliau di talian 016-4077025 atau menerusi Facebook Nasrun Mat Yusuf. – Malaysiapost

Nasrun Mat Yusof

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here