Safiq Rahim miliki kelab M3

0
1

BEKAS kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim dikatakan bakal menjadi pemilik sebuah kelab yang beraksi dalam saingan Liga M3, iaitu liga divisyen 3 dalam sistem bola sepak di Malaysia.

Perkara ini dikongsikan Exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Christopher Raj menerusi Instagram miliknya.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan nama kelab yang dimiliki oleh Safiq.

“Bersama dengan pemilik pasukan liga M3,” katanya ringkas.

Malah, Safiq juga mungkin sudah ‘menuntut ilmu’ apabila sebelum ini ada bertemu dengan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Mengenai perjalanan karier Safiq dalam saingan Liga Malaysia, destinasi seterusnya bagi pemain berusia 33 tahun itu selepas dilepaskan Melaka United.

Terdapat khabar angin di media sosial yang mengatakan Safiq akan kembali ke JDT, namun tiada maklumat lanjut sehingga saat ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here