Kanak-kanak 11 tahun hamil hasil hubungan rakan remaja

0
1
grafik

SEORANG kanak-kanak perempuan warga Myanmar mengandung enam bulan selepas melakukan hubungan seks sebanyak 15 kali dengan rakan senegaranya di tangga sebuah rumah flat, di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Kejadian itu hanya terbongkar selepas ibunya membawa mangsa berusia 11 tahun itu untuk membuat pemeriksaan di klinik pada 1 Disember lalu, sebelum disahkan mengandung, lapor Harian Metro.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, ibu mangsa yang mengetahui kejadian itu kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Jinjang Jumaat lalu.

Menurutnya, kanak-kanak itu mendakwa mengenali suspek berusia 14 tahun pada Mac tahun ini dan mula melakukan hubungan seks di tangga tempat mereka berkenalan sejak April hingga Jun lalu sebanyak 15 kali.

“Selepas itu mangsa tidak bertemu dengan suspek lagi sebelum ibunya yang membawa dia ke klinik mendapati mangsa mengandung.

“Susulan itu usaha mengesan suspek sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here